Thursday, December 13, 2012

Tika guruh tiba, Aku kaku..


Di sana, pabila guruh, kilat mengunjung tiba..
Kami mengucapkan syukur atas keindahannya..
Kami bertasbih memuji ciptaanNya..
Kami bertasmid gembira dalam ketenangan tayangan alam..

Namun disini, kini..
Apabila ciptaan agung ini tiba..
Aku berzikir kerana takut akan bunyinya..
Akan cahaya terangnya..
Aku beristighfar menakutkan mati disaat itu..
Mengapa? Kenapa?
Adakah aku takut mati dipanah olehnya?

Kenapa aku tidak merasakan begitu semasa disana?
Adakah kerana aku sendiri tahu..
Sungguh banyak yang akan ku kesali kerana mensia-siakan hidupku kini..

Ya Allah, berkatilah aku, temanilah aku..
Mungkin mereka tidak bersamaku..
Jadikanlah alamMu temanku, kalamMu rakanku..
Berikanlah aku keindahan ibadahMu..
Keasyikan mencari cintaMu..


Hanya Engkau tujuanku..
Pertemukanlah kami dijalanMu..
Aku rindukan akhawatku..
Ubatilah rindu ini dengan cinta agungMu..
Berkatilah kami ya Rab..



Didalam kerinduan ini, 
Dikala aku lari, jauh dari cintaMu,
Teringat aku akan kata-kata sahabatku,

" Dalam apa-apa yang ingin kita lakukan, fikirkanlah apa balasannya jika pada saat itu nyawa kita diambil.. Adakah kita ingin mati didalam keadaan yang hina atau mulia.. Kita baik dikolej, solat berjemaah, mengaji bersama, namun bagaimana kita dirumah? Adakah sama baiknya ketika kita di kolej atau sebaliknya? Kita tidak semestinya hanya akan mati di kolej.. Kita boleh mati dimana-man sahaja.. Jadi janganlah kita hanya baik di kolej.. "

Masih tidak aku mampu melakukan semua itu, 
Namun aku percaya cinta itu buta,
Lebih lagi cinta kepadaMu,
Nothing is impossible for a believing heart,
Seringku tersungkur dengan nafsu, 
Hiburan dunia, Namun Engkau mengejutkan aku,
Terima kasih Ya Allah,
Tidak mampu aku berkata apa, kecuali I love YOU.

No comments:

Post a Comment