Usul 1, hujah 2dan3
999, apabila ditambah 1, menjadi 1000.
Apabila dikuasakan 2, menjadi sejuta,
Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan speker dewan, ahli-ahli yang berhormat kabinet kerajaan, delegasi kontradiksi, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, tidak lupa warga dewan warhana pembangunan Negara.
Assalamu’alaikum, salam persidangan, salam 1 malaysia.
Sebelum saya mengutarakan hujah kami yang ke2 dan yang ke3, ingin saya bidas dahulu hujah yang tidak berasas yang disampaikan oleh ketua pembangkang dari pihak barisan pembangkang sebentar tadi.
Sidang warga dewan sekalian,
Hujah kedua dari cabinet kerajaan di bawah kata kunci desakan ibu bapa diperkuatkan lagi dengan fakta kes yang amat mengejutkan kita, di mana, statistic menunjukkan 90% ibubapa yang menghadiri konvensyen kebangsaan menangani disiplin pelajar, bersetuju agar hukuman rotan dijalankan disekolah. Nah, terbuktilah bahawa, hukuman rotan telah dipersetujui pelaksanaannya oleh manjoriti ibu bapa. Jadi, mengapakah masih timbul persoalan mengenai kekangan ibubapa terhadap perlaksanaan hukuman tersebut. Jelaslah bahawa,pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut tidak benar-benar meneliti perkara ini dengan sedalam dalamnya! Apakah yang mahu mereka buktikan?
Sidang parlimen yang saya hormati,
Hukuman rotan yang telah dipersetujui oleh pelbagai pihak ini bukanlah untuk mendera pelajar tetapi hanyalah untuk memberi pengajaran kepada mereka. Sinonim dengan peribahasa melayu, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak, tangan-tangankan. Saya ingin bertanya kepada siding dewan sekalian, jika kita merupakan seorang ibu atau seorang bapa,mahukah kita membiarkan anak2 kita dibelenggu dilemma masalah disiplin atau merelakan mereka diasuh dengan kaedah hukuman fizikal. Kerana memikirkan hal inilah, sebanyak 90% ibubapa bersetuju dengan erti kata lain merelakan anak mereka diasuh dengan hukuman rotan.saya ulangi, 90% hadirin sekalian. Jika mereka menyokong usul ini, mengapa tidak kita hadirin sekalian?
Sidang warga dewan sekalian,
Seterusnya, Hujah saya ini diperkukuhkan lagi dengan fakta kes yang kedua iaitu, bancian oleh badan kajian dan penyelidikan di London juga membuktikan bahawa sebahagian besar ibubapa percaya hukuman rotan adalah satu kaedah kawalan yang paling berkesan dalam mendidik pelajar. Selain itu, mereka juga melaporkan bahawa, tingkah laku remaja semakin teruk semenjak hukuman rotan dimansuhkan. Kebimbangan ini ternyata bertempat apabila pihak penyelidikan menyatakan keputusan pengharaman hukuman itu, menyumbang kepada peningkatan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Sidang hadirin yang saya muliakan,
Jika England, mengguna pakai semula hukuman rotan mengapa kita tidak? Mengapa pihak pembangkang mahu menghapuskan hukuman tersebut. Kami pihak kerajaan bukannya ingin meniru bulat-bulat ideology barat, kami hanya ingin mengambil ideology barat yang bermanfaat seiring dengan kata pepatah yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Berlandaskan perkara inilah, kami memohon agar usul yang kami bawakan dapat diterima oleh semua pihak.
Hadirin warhana pembangunan Negara sekalian,
Bagi menyambung perjuangan kami, hujah ke3 yang akan saya bawakan iaitu menginsafkan pelajar akan merungkai segala persoalan akhir mengenai usul ini. Berdasarkan fakta kes yang kami bawakan, hujah saya ini diperkukuhkan dengan satu peristiwa dimana pada mulanya Malaysia telah akur dengan desakan oleh Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNICEF. UNICEF telah mendesak agar hukuman rotan dihapuskan kerana percaya, rawatan kaunseling lebih berkesan. Namun begitu, pada 6 April 2009, Malaysia telah mengembalikan semula hukuman rotan ke dalam system hukuman di sekolah. Mengapakah hal sedemikian boleh terjadi? Adakah tindakan Malaysia, mengguna pakai semula hukuman rotan dianggap tindakan yang tidak bertoleransi serta membabi buta.
Sidang parlimen sekalian,
Lain tempat,lain cara,lain cara,lain pula kesannya. Bukan semua jenis keadaan rawatan kunseling berkesan,lebih lebih lagi dalam konteks menginsafkan pelajar,rawatan kunseling boleh diumpamakan sebagai kaedah kelembutan yang tidak member i apa-apa bekas kepada para pelajar kerana bukan semua pelajar boleh dibentuk dengan pujuk rayu. Seiring dengan kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain2. Ada sesetengah pelajar yang hanya bersikap seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, mereka masih berkeras tidak mahu berubah walaupun telah dihadirkan dengan beberapa sesi kaunseling.
Sidang warga sewan sekalian,
Hal ini demikian kerana,terdapat dua jenis personality pelajar di sekolah. Yang pertama, pelajar yang mudah dilentur dengan nasihati manakala yang kedua pula, pelajar yang sukar dilentur dengan kaedah nasihat. Jelaslah bahawa,hukuman rotan dapat menampung ketidak sempurnaan kaedah kaunseling. Jika kerajaan Malaysia sendiri memperakui perkara ini, mengapa pula kita ingin menafikan kebenaran. Atas dasar kesedaran inilah,kami barisan cabinet kerajaan membentangkan usul ini kerana terbukti hukuman rotan dapat menampung kekurangan rawatan kaunseling dalam menginsafkan pelajar. Marilah sidang parlimen sekalian, kerana sudah terang lagi bersuluh hukuman rotan berkesan sebagai pelengkap kepada ketidaksempurnaan proses penguatkuasaan peraturan yang sedia ada di sekolah pada masa kini.
No comments:
Post a Comment