Tuesday, May 4, 2010

Debat Bahasa Melayu Semerbak 2010

Hadirin warhana pembangunan Negara sekalian,

Bagi menyambung perjuangan kami, hujah ke3 yang akan saya bawakan iaitu pembaziran kos akan membekukan segala buah fikiran dan hujah-hujah barisan cabinet kerajaan. Berdasarkan fakta kes yang kami bawakan dimana masih lagi terdapat sekolah dan pusat-pusat pengajian di Malaysia yang mengalami kekurangan dari aspek infrastruktur dan kemudahan. Seperti yang berlaku di Shah Alam, Selangor. Bukan sahaja mengalami kurangan keemudahan dan infrastruktur, namun terdapat sekolah di sana juga yang tidak mempunyai bangunan sekolah. Sehinggakan sekolah tersebut menyewa sebuah bangunan yang boleh dikatakan sudah uzur sebagai tempat berteduh agar sesi pembelajaran masih boleh dijalankan seperti biasa.

Sidang warga dewan sekalian,

Umunnya terdapat ramai guru di Malaysia, dan tidak semua guru mengetahui prosedur yang merangkumi pelaksanaan serta kaedah merotan pelajar. Bayangkanlah, jika semua guru diberikan hukuman merotan, habis semua pelajar ditan tanpa mengikut prosedur dan kaedah yang benar. Ini dapat menimbulkan kes2 dera dan akan wujud pertikaian antara ibubapa dan guru2. Jadi untuk mengelakkan hal ini, pihak kerajaan perlulah menyediakan kursus yang dapat memberi serta melatih mereka mengenai kaedah dan prosedur merotan.

Sidang parlimen sekalian,

Maka untuk mencapai cita-cita cabinet kerajaan, terpaksalah kerajaan kita pada hari ini mengeluarkan dana yang besar untuk menghantar semua guru… saya tekankan SEMUA GURU untuk menghadiri kursus dan latihan merotan. Bukankah ini hanya akan membuang duit kerajaan sedangkan masih terdapat banyak lagi perkara yang memerlukan pemerhatian pihak kerajaan kini. Jadi mengapa, pihak pembangkang masih berdiri di atas sebatang paku yang goyah?

Sidang warga dewan sekalian,

Bukankah lebih baik dana tersebut digunakan untuk membaik pulih infrastruktur dan kemudahan di sekolah agar sesi pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan aman dan sejahtera? Kerajaan pada hari ini menyeru untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran agar guru2 pada masa ini dapat melahirkan lebih ramai pelajar kelas pertama dalam system pendidikan di Malaysia. Jadi, bukankah lebih baik agar, guru2 dihantar ke khursus2 yg dapat meningkatkan mutu pengajaran mereka? bukankah begitu warga dewan sekalian? Atas kesadaran inilah, kami pihak pembangkang menolak 100% usul yang dibawakan oleh cabinet kerajaan. Dan disebabkan dasar ini jugalah kami ingin menyeru pihak warga dewan agar menolak usul yang dibawakan oleh pihak pembangkang kerana ia sememangnya tidak berusul sama sekali.

Sidang parlimen sekalian,

Sebelum saya mengakhiri hujah saya pada hari ini, ingin saya tekankan kembali bahawa hak merotan pelajar tidak patut diberikan kepada semua guru kerana ia hanya akan menimbulkan pelbagai masalah pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment