Thursday, May 13, 2010

Debat Bahasa Melayu Semerbak 2010 (semi finale)

999, apabila ditambah 1, menjadi 1000.
Apabila dikuasakan 2, menjadi sejuta,
Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan speker dewan, rakan-rakan kabinet kerajaan yang seia sekata, delegasi kontradiksi yang kami kasihi, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, tidak lupa warga dewan peneraju era globalisasi.
Assalamu’alaikum, salam persidangan, salam 1 malaysia.
Sebelum saya mengutarakan hujah kami yang ke2 dan yang ke3, ingin saya bidas dahulu hujah yang tidak berasas yang disampaikan oleh ketua pembangkang dari pihak delegasi kontradiksi sebentar tadi.


Sidang warga dewan sekalian,
Perahu telah didayung, sampan mula memudik, izinkan saya meneruskan usul kami di cabinet kerajaan. Hujah kedua dari cabinet kerajaan di bawah kata kunci internet mudah diakses, diperkuatkan lagi dengan fakta kes, berdasarkan dasar peruntukan kerajaan Malaysia, majority sekolah-sekolah telah dilengkapkan dengan makmal computer serta jaringan maklumat tanpa sempadan (internet) . Selain itu, telah banyak juga computer riba diberikan kepada para guru bagi memudahkan mereka meningkatkan mutu pengajaran dan membimbing pelajar menggunakan internet dengan betul kearah persaingan di pentas dunia.

Sidang parlimen sekalian,
Sudah jelas disini,kerajaan malaysia sendiri telah memperakui keberkesanan internet sebagai medium bagi guru untuk meningkatkan mutu pengajaran. Atas dasar inilah kerajaan pada hari ini telah menyediakan kemudahan bagi guru dan pelajar untuk mengakses internet sepertimana yg telah saya nyatakan diatas. Ini amatlah bertepatanlah dengan hujah saya, dimana kemudahan internet adalah amat mudah diakses. Pelajar hanya perlu pergi ke makmal komputer untuk mencari sumber maklumat bagi meluaskan pengetahuan mereka. Usul pada hari amat selari dengan dasar kerajaan untuk melahirkan sekolah bestari.

Sidang warga dewan yang saya muliakan,
Dalam perkembangan IT dan teknologi kini, kemudahan internet terdapat dimana-mana, bukan sahaja di sekolah, tetapi boleh juga diperoleh ditempat-tempat awam seperti perpustakaann awam, restoran dan sebagainya. Malahan kemudahan ini boleh juga didapati didalam telefon bimbit yang merupakan nadi kehidupan masyarakat kini. Nah! Terbukti sekali lagi, kemudahan internet amatlah mudah diperoleh. Justeru itu, jika masih ada pihak yang mempertikaikan hujah saya, pasti mereka berdiri diatas sebatang paku yang goyah.

Sidang warga dewan yang dimuliakan,
Sepertimana yang telah dinyatakan oleh rakan saya sebentar tadi, internet sesungguhnya membekalkan banyak maklumat yang membolehkan seseorang pelajar yang berjaya cemerlang dalam kehidupan kini dan masa hadapan. Kerana menyedari perkara kami delegasi kerajaan ingin membuka mata dan minda semua pihak agar berhenti membangkang dan berfikir sejenak. Usul yang kami bawakan pada hari ini adalah semata-mata kerana memikirkan kecemerlangan generasi akan datang. Oleh itu, saya menyeru semua pihak agar menerima usul yang kami bawakan.

Sidang dewan perintis generasi bestari,
Bagi menyambung perjuangan kami, hujah ke3 dari kabinet kerajaan di bawah kata kunci teknik pembelajaran yang menarik, diperkuatkan lagi dengan fakta kes, di mana terdapat banyak laman web di internet yang memaparkan cara pembelajaran secara visual dan audio yang menarik seperti laman web score A dan portal pendidikan kerajaan.

Sidang parlimen yang saya muliakan,
Seperti yang kita dapat lihat, kini pelajar seakan-akan sudah jemu mengulangkaji dengan teknik pembelajaran tradisional. Ramai antara mereka berpendapat bahawa pembelajaran melalui buku teks adalah agak membosankan. Hal ini demikian kerana,teknik ini memerlukan pelajar itu sendiri untuk membaca dan memahami isi kandungan buku tersebut. Pelajar tidak berinteraksi dengan buku teks,hal ini akan membuatkan mereka mudah berasa bosan. Namum ,Berdasarkan fakta kes yang telah saya nyatakan,kini terdapat teknik pembelajaran secara visual, beraudio serta berwarna yang disediakan di dalam web internet. Teknik pembelajaran ini adalah menarik dan dapat meransang minda pelajar seterusnya membolehkan mereka belajar dengan lebih efektif.

Sidang parlimen yang dihormati,
Bayangkanlah, apabila terdapat visual yang membolehkan kita melihat, audio yang membolehkan kita untuk mendengar,pastinya akan wujud interaksi antara pelajar dengan ilmu tersebut. Secara tidak langsung,hal ini dapat mempertingkatkan minat untuk menimba ilmu dalam diri pelajar. Apabila pelajar mula berasa minat untuk belajar,lantas akan lahirlah pelajar yang mempunyai sikap ingin tahu. Cara pembelajaran yang baik ini pasti dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kalangan pelajar terbaik dunia yang sentiasa bersedia di pentas dunia kini. Bukankah ini ciri2 pelajar yang ingin kita lahirkan di Malaysia?

Warga dewan yang saya hormati,
Marilah bersama saya,kita fikir sejenak,pelajar pada masa kini sering tertarik dengan sesuatu yang baru.Oleh itu teknik pembelajaran yang baru yang bervisual serta beroudio ini pasti akan dapat membuka mata pelajar untuk mendalami ilmu pengetahuan dengan lebih menyeluruh. Dengan cara ini minat dalam diri pelajar juga dapat dipupuk dan disemai bagi melahirkan pelajar yang cintakan ilmu.

Warga dewan sekalian,
Jelaslah bahawa internet boleh melahirkan pelajar yang bukan setakat lulus atau cemerlang diperingkat sekolah, tetapi yang berjaya dalam hidup dan peringkat global. Kerana menyedari hal inilah, kami cabinet kerajaan memperkenalkan usul pada hari ini. Dengan ini, saya berharap agar semua pihak dapat menerima usul ini dengan senang hati. Sebelum saya mengundurkan diri, ingin saya tekankan kembali bahawa, internet sememangnya factor utama kecemerlangan pelajar. Mohon usul diterima.

No comments:

Post a Comment