Friday, May 14, 2010

Debat Bahasa Melayu Semerbak 2010 (finale)

999, apabila ditambah 1, menjadi 1000.

Apabila dikuasakan 2, menjadi sejuta,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan speker dewan, rakan-rakan kabinet kerajaan yang seia sekata, delegasi kontradiksi yang kami kasihi, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, tidak lupa warga dewan pembina generasi unggul.

Assalamu’alaikum, salam persidangan, salam 1 malaysia.

Sebelum saya mengutarakan hujah kami yang ke2 dan yang ke3, ingin saya bidas dahulu hujah yang tidak berasas yang disampaikan oleh ketua pembangkang dari pihak delegasi kontradiksi sebentar tadi.

Sidang warga dewan sekalian,

Perahu telah didayung, sampan mula memudik, izinkan saya meneruskan usul kami di cabinet kerajaan. Hujah kedua dari cabinet kerajaan di bawah kata kunci meningkatkan kebolehan berinteraksi, diperkukuhkan lagi denngan fakta kes dimana berdasarkan kajian yang telah dijalankan bagi mengkaji kaitan antara penglibatan pelajar dalam kokurikulum dengan daya berinteraksi dalam diri pelajar. disini, terbukti bahawa, pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum dilihat mempunyai daya berinteraksi yang lebih tinggi.

Sidang parlimen sekalian,

Antara kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokorikulum ialah para pelajar dapat meningkatkan daya kepimpinan. Daya kepimpinan ini dapat dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik menjadi ahli jawatan kuasa dalam sesuatu kegiatan. Daya kepimpinan ini juga amat berguna kepada pelajar apabila sudah dewasa kelak. Sebagai contoh, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti kadet polis, mereka akan lebih yakin untuk memimpin suatu hari nanti. Oleh itu, sifat ini perlulah dipupuk sejak di bangku sekolah lagi iaitu melalui kegiatan kokurikulum.

Warga dewan yang dihormati,

Kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. semangat ini amat penting dalam mewujudkan Negara yang aman dan makmur. Selari dengan slogan kerajaan, 1 Malaysia, semangat perpaduan perlu dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama dalam satu pasukan. Sebagai contoh, dalam satu kumpulan bola sepak sekolah, terdapat pelajar dari pelbagai kaum, ini secara tidak lanngsung akan mengeratkan hubungan antara pelajar, ini akan melahirkanini akan melahirkan sifat bersatu padu dalam kumpulan bg mencapai matlamat. Bukankah ini yang kta mahukan?

Sidang parlimen yang dimuliakan,

Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan tersebut akan diterokai. Sebagai contoh, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, namun setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati. Dengan ini, dia akan berpeluang mewakili sekolah dan seterusnya hinggalah ke peringkat kebangsaan seperti yang diharapkan kerajaan bagi melahirkan pelajar yang mampu bersaing diperingkat antarabangsa. Terbuktilah disisni, kokurikulum banyak mendatangkan faedah, justeru itu, saya ingin menyeru sumua pihak agar menerima usul kami pada hari ini.

Warga dewan perintis generasi bistari,

Bagi meneruskan perjuangan kami, hujah ke3 kami dibawah kata kunci mempraktikkan pengetahuan diperkukuhkan lagi dengan fakta kes dimana berdasarkan lawatan yang telah dijalankan oleh kelab sains dan matematik, guru-guru mendapati bahawa pelajar lebih cenderung mengamalkan ilmu yang diperoleh apabila aktiviti kokurikulum dijalankan. Mereka tidak malu bertanya dan dilihat pemahaman mereka adalah lebih mendalam dan realistic, bukannya hanya teori yang terdapat didalam buku semata-mata.

No comments:

Post a Comment