Nur Akmal Binti Mohd Ariff,
Lot 535 AZ Jalan Marmar,
Taman Melewar,
68100 Batu Caves,
Kuala Lumpur.
Pengurusan Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 6-7, Blok E 15, Parcel E,
62604 Putrajaya. 20 DECEMBER 2010
Tuan/Puan,
Masalah Pendaftaran Pemohonan Memasuki Matrikulasi Bagi Sesi 2011
Berhubung perkara di atas, saya Nur Akmal Binti Mohd Ariff, 930817-14-6196 ingin menyatakan bahawa saya telah mengalami kesulitan semasa menjalani proses pendaftaran permohonan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2011.
2. Saya telah melakukan semua proses semasa pendaftaran secara online ini, walaubagaimanapun maklumat yang diisi tidak sampai kepada sistem pihak tuan. Saya tidak dapat mengenalpasti apakah kesilapan yang telah saya lakukan semasa membuat permohonan ini, hingga permohonan saya dinyatakan oleh sistem, tiada dalam simpanan.
3. Kelewatan dalam pengaduan amat dikesali. Ini adalah kerana saya tidak menyedari masalah ini sehinggalah ditegur oleh kaunselor di sekolah saya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak.
4. Dengan itu saya mengharapkan peluang kedua bagi mendaftar semula pemohonan saya bagi memasuki Matrikulasi sesi 2011.
5. Dalam pada waktu yang sama saya mengharapkan belas dan keprihatinan dari pihak tuan. Semoga pihak tuan dapat memberikan peluang kedua kepada saya.
Yang Benar,
………………………………………..
(NUR AKMAL BINTI MOHD ARIFF)
No comments:
Post a Comment