Wednesday, August 18, 2010

Artikel Rasmi Majalah Semerbak berkaitan Persaraan Pn Zaleha

Dilahirkan pada 25 Ogos 1955 bertempat di Taiping, Perak. Guru yang berkaca mata ini mempunyai sembilan beradik. Beliau telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Beliau yang dimaksudkan ialah Pn Zaleha binti Ibrahim. Memulakan kariernya sebagai guru di beberapa buah sekolah sebelum ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak pada tahun 1934.
Maktab Perguruan Ilmu Khas(MPIK) menjadi titik permulaan tugasnya pada hari ini. Minatnya terhadap bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu dan kecintaannya kearah kesenian membuatkan beliau ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan seni. Kewibaan dan kecekapannya sebagai guru membuatkan beliau dilantik sebagai setiausaha PIBG, AJK bagi Pusat Sumber Sekolah dan penyelaras mata pelajaran bagi subjek tingkatan 1 dan 2.
Sifat pendidik yang terdapat dalam diri beliau membolehkan beliau memperoleh Anugerah Guru Cemerlang pada tahun 1999. Apabila ditanya tentang pengalaman manisnya sepanjang mengajar, beliau menyatakan bahawa, pencapaian pelajar dan jasa beliau yang sering dikenang merupakan hadiah terindah yang pernah beliau perolehi.
Dengan moto hidup, `keinginan yang tinggi untuk pelajar berjaya’ beliau mengimbau kisah seorang bekas pelajar beliau yang kini berjaya iaitu Izwah. Tegasnya, pelajar ini tidak pernah melupakan jasa beliau dan beliau sentiasa merahmatinya.
Apabila ditanya tentang perancangan beliau selepas berpencen, beliau ada menyatakan hasratnya untuk berbakti kepada tanah di halaman rumahnya. Selain itu, beliau juga mempunyai harapan yang besar untuk menimang cucu.
Kata-kata akhir dari beliau sebelum berpencen ialah, “…Saya berharap semua pelajar dapat belajar bersungguh-sungguh dan mempraktikkan apa yang telah diajar…”. Beliau yang bersifat patriotik juga ada memberi penyataan dimana, belajar adalah penting untuk masa depan kita, bangsa dan Negara, dengan itu, beliau menyeru semua pelajar-pelajar SMK Seri Gombak untuk menjadi orang yang berguna pada masa akan datang.
Pada tarikh keramat 25 Ogos 2010, beliau meninggalkan SMK Seri Gombak bersama sejuta harapan. Sambil melaungkan moto sekolah iaitu , beliau berarak meninggalkan perkarangan SMK Seri Gombak dengan titian air mata kegembiraan kerana telah Berjaya mendidik dan memberikan pendidikan kepada ramai pelajar sejak 76 tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment