‘Hujah Perdana Menteri’
….. ucapan perdana menteri dan definasi (x pnah ada pngalaman jadi perdana menteri)
Sidang Parlimen yang Saya Hormati,
Tirai sudah kami buka, sekarang tibalah masanya saya membentangkan hujah pertama kami. Hujah pertama dr cabinet kerajaan dibawah kata kunci memberi pengajaran diperkukuhkan dengan fakta kes yang amat mengagumkan dimana, sumber petikan dari Harian Metro bertarikh ’03/03/2009′ bersamaan dengan hari isnin ada mendedahkan kisah seorang samseng sekolah yang akhirnya dibuang sekolah dan meringkuk di dalam penjara seminggu sebelum menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia. Mohd Firdaus (bukan nama sebenar) telah menyesali kehidupannya kerna kesilapan yang telah dia lakukan kira-kira 8 tahun yang lalu. Kesilapannya mnyebabkan dia bangun berkongsi pengalaman dan kekesalan agar generasi akan dating dapat mengambil iktibar. Bukankah ini yang kita inginkan? Kekesalan dan motivasi yang mampu mengubah hidup mereka dari kejahilan kepada dunia reality hari ini.
Sidang Warga Dewan Sekalian,
Jika tindakan membuang dan menukar sekolah bukanlah satu tindakan yang wajar dan dipercayai mampu mngubah sikap pelajar-pelajar yang bermasalah ini, Mengapa?! Mengapa?! kerajaan dan institusi pendidikan Malaysia meluluskan hukuman buang sekolah? Marilah kita berfikir sejenak, pasti ada sebab mengapa kerjaan hari ini tidak mengharamkan hukuman tersebut. Kerana apa? Kerana ianya terbukti berkesan…! Seperti kes Mohd Firdaus(bukan nama sebenar).
Sidang Dewan Warhana Pembangunan Negara Sekalian,
Tidak cukup di situ, mengapa ibu bapa hari ini tidak membantah hukuman buang sekolah dijalankan. Saya sendiri sebagai seorang pengawas bertanggungjawab mengawasi tahap disiplin sekolah. Namun, tidak pernah sekali saya melihat ibu bapa yang anaknya dibuang sekolah, memarahi guru mahupun mengugut untuk menyaman guru tersebut. Yang dizahirkan hanyalah airmata, kerana mereka sedar dan tahu akan kesalahan anak mereka dan percaya bahawa ianya pasti mampu menginsafkan anak mereka.
Sidang Dewan yang Saya Kasihi,
Sebelum para hadirin di kelirukan dengan hujah dari lidah bercabang yang dibawakan oleh delagasi pembangkang, ingin saya ingatkan bahawa hukuman buang sekolah ini bukanlah jalan penyelesaian utama. Ianya hanya akan diambil kira sekiranya kesalahan yang dilakukan terlalu berat. Sebelum tindakan ini diambil, pelbagai isu akan diambil kira. Sesungguhnya tindakan ini adalah tahap terakhir dalam system hukuman pendidikan Malaysia. Dengan itu, jangan lah kita membuat kesimpulan secara rawak tanpa mengambil kira setiap perincian ini. Bahawasanya statistic pembuangan plaja dari sekolah adalah amat rendah sekali. Sebelum saya mengundurkan diri, ingin saya tegaskan sekali lagi usul yang kami bawakan pada hari ini iaitu, Samseng Sekolah Wajar Dibuang Sekolah dengan hujah ianya mampu member pengajaran. Fikir-fikirkan lah !
No comments:
Post a Comment